16 ApRiL BakaL mEnjeLanG tiBa...
beberapa jam je lagi...
hari ni 15042010...
Mengimbau kembali 23 tahun yang lepas..
Ibuku tercinta..Hjh Normah M Yusoff pernah
bercerita kepadaku..Sehari sebelum tarikh ini,
14041987,mak menunjukkan tanda-tanda ingin
melahirkan seorang bayi ke dunia ini...bayi itu ialah...
Seorang puteri iaitu aku..Nur Husna Md Yusof..
Ketika itu ayahku Md Yusof Kassim tiada di sisi ibuku..
Ayah berada di utara,menjalankan tugas sebagai seorang
pengadil bola sepak..Nak dihubungi ayah ketika itu
bukanlah mudah..tiada kemudahan seperti hari ini..
hanset tiada.mujurlah seorang daripada kawan ayah
memiliki sebuah telefon..khabar ibuku ingin melahirkan
seorang lagi cahaya mata iaitu permata ayah bonda yang
ke-5akhirnya sampai juga ke pengetahuan ayahku..
Ayah terus bergegas pulang ke Melaka malam itu juga.
Jika tak silap aku pulang dengan menaiki teksi..
Bayangkan dari utara ke selatan..Berapa agaknya
tambang yang ayah kene bayar ye??ermm...
15041987..Ayah sampai di rumah..namun bayi yang
berada dalam perut ibuku ketika itu,masih degil tak nak
keluar-keluar..Ishh..sapelah tu ye..hihihihi..Saje je nak
buat sume orang kelam kabut..Akhirnya..dengan
ketentuan Allah..keesokan harinya,Khamis 16041987
bersamaan dengan 16 Sya'aban 1407H jam 7.12 petang
ketika azan maghrib berkumandang dan bulan purnama
kelihatan sehari selepas nisfu sya'aban lahirlah seorang
bayi ke dunia ini..Moga suatu hari nanti 'bayi ini' dapat
berbakti kepada ibu bapa,keluarga,agama,bangsa dan
negara..Insya Allah..
TeRimA kAsiH Mak..TeRimA kAsiH AyaH....
No comments:
Post a Comment