Monday, April 26, 2010

FiRst dAy LI


26042010,Isnin...
Bermula sesi Latihan Industri ku hari ini..
1st day yang sangat membosankan..
kerja~~ber'fb' n wat keje sendiri..
Siap sudah cover depan,background company n
organization chart for my LI report..beres.

Lepas ni jangan harapla nak duk office lagi..
Because of my work is outside not inside..huhu
Outstation~~melaka to Negeri 9...
or maybe only in melaka..

Networking!! Wiring!!
such as pasang streamyx,schoolnet,switching telephone
and so on...tapi takut la..semua workers kat situ boy..
aku sorang je perempuan.Kuatkah aku?Mampukah aku?

"Ya Allah..berikanlah aku kekuatan...."

Saturday, April 24, 2010

LI mEnAnti


HazrynTech : Hello,Assalamualaikum.
Husna : Wa'alaikumsalam.
HazrynTech : Ni Nur Husna yang nak buat LI di
tempat kami tu ye?
Husna : Ye saya.
HazrynTech : Isnin ni datang di office pukul 8.30 pagi,
kemudian kami akan briefing dan lepas tu baru kami
akan bawa ke luar.Tahu kan kat mana office kami?
Husna : Tahu.Ada apa2 lagi cik?
HazrynTech : Itu je.
Husna : Ok.Terima kasih.
HazrynTech : Sama2.Assalamualaikum.
Husna : Wa'alaikumsalam.

p/s : Perbualan telefon ini berlaku pada hari Jumaat,
23 April 2010,jam 3.45 petang di antara aku dan
HR Hazryn Technologies (M) Sdn. Bhd. (My LI company).
Aku baru je ingat nak call that compony,tapi aley2 dia
dah call aku dulu.Nampaknya Outstation la aku nanti..
Ape la keje aku nanti ek?hmmm....Bersediakah aku???

HAZRYN TECHNOLOGIES Sdn Bhd was incorporated in
14th July 1997. Since the inception, our company has
been involved in Networking solutions and for the Small,
Medium and Big Business. HAZRYN TECHNOLOGIES will
handle all your IT needs, Cat 5e and Fiber Optic, Hubs,
Switches, Routers. LAN (local area network) Ethernet,
ISDN, Peer and Server Networks.

Wednesday, April 21, 2010

HuRreyy!!

Semester break bermula...
Latihan industri menanti...

SeLamAt BeRcUti dan SeLamat Ber'LI'!! (",)

Monday, April 19, 2010

BlaCkOuT!!



Melaporkan..19042010,Isnin-kolej 09 UTM 6.20petang
Hujan mulai reda tapi guruh dan petir tak henti-henti
bergabung tenaga menggegarkan alam ini..BLACKOUT!!

Buat semua warga UTM khususnya budak-budak k9
especially to all my friends,B,kulin,pe'ah,mira,yuni,wani,
shida,farah and sesiapa lagi yang tak dinyatakan namanya
di sini,jangan takut k.tapi mana korang ni,xnampak pun..
gelapnya..nampak mata je cam dalam gambar tu..hihihihi....

Sekian saja laporan terkini hari ini..

PacKiNg BaRaNg



Jom kawan-kawan kemas barang..packing masuk
dalam kotak n then pos ke stor..jangan malas-malas tau..
hihihihi...dan lagi satu pastikan bilik berada dalam
keadaan bersih ok..jangan lupa sapu sampah.
nanti tak pasal-pasal sampai pulak surat cinta
bercop UTM kat rumah..Surat denda la..hehehe..
"SELAMAT BERKEMAS"

Sunday, April 18, 2010

TamAt sUdAh..




Alhamdulillah...akhirnya hari yang dinanti-nantikan
telah pun tiba..Hureyyyy!!Selesai sudah final exam
utuk sem ni..sem 2 sesi 20092010..Moga-moga apa
yang diusahakan akan membuahkan hasil..Semuanya
dengan izin Allah...Kini aku hanya mampu berdoa
dan bertawakal kepadaNYA..Agar aku menjadi
hambaNYA yang sentiasa bersyukur walauapapun
ketetapan dan ketentuanNya buatku.....

"Dan tidak ada kemenangan itu,selain dari Allah
Yang Maha Perkasa,Maha Bijaksana." (3:126)

Friday, April 16, 2010

KeK hAri jAdi...


gambar hiasan..(",)

Terima kasih B sebab hadiahkan sepotong kek
buat sahabatmu ini di hari lahirku..hihihi..
Semoga Allah murahkan rezeki mu..Amin.

23 YeArS oLd!!



HaPpY BiRtHdAy tO mE..(^_^)
Harapanku semoga kehidupanku lebih bermakna..
Moga hidupku diberkati Allah selalu..

"Ya Allah hidupkanlah aku selagi kehidupan ini baik
bagiku..dan matikanlah aku sekiranya kematian itu
adalah lebih baik bagiku..Amin"

Thursday, April 15, 2010

MeNgiMbaU kEmBaLi 23taHuN yAnG LaLu..


16 ApRiL BakaL mEnjeLanG tiBa...
beberapa jam je lagi...

hari ni 15042010...
Mengimbau kembali 23 tahun yang lepas..
Ibuku tercinta..Hjh Normah M Yusoff pernah
bercerita kepadaku..Sehari sebelum tarikh ini,
14041987,mak menunjukkan tanda-tanda ingin
melahirkan seorang bayi ke dunia ini...bayi itu ialah...
Seorang puteri iaitu aku..Nur Husna Md Yusof..
Ketika itu ayahku Md Yusof Kassim tiada di sisi ibuku..
Ayah berada di utara,menjalankan tugas sebagai seorang
pengadil bola sepak..Nak dihubungi ayah ketika itu
bukanlah mudah..tiada kemudahan seperti hari ini..
hanset tiada.mujurlah seorang daripada kawan ayah
memiliki sebuah telefon..khabar ibuku ingin melahirkan
seorang lagi cahaya mata iaitu permata ayah bonda yang
ke-5akhirnya sampai juga ke pengetahuan ayahku..
Ayah terus bergegas pulang ke Melaka malam itu juga.
Jika tak silap aku pulang dengan menaiki teksi..
Bayangkan dari utara ke selatan..Berapa agaknya
tambang yang ayah kene bayar ye??ermm...

15041987..Ayah sampai di rumah..namun bayi yang
berada dalam perut ibuku ketika itu,masih degil tak nak
keluar-keluar..Ishh..sapelah tu ye..hihihihi..Saje je nak
buat sume orang kelam kabut..Akhirnya..dengan
ketentuan Allah..keesokan harinya,Khamis 16041987
bersamaan dengan 16 Sya'aban 1407H jam 7.12 petang
ketika azan maghrib berkumandang dan bulan purnama
kelihatan sehari selepas nisfu sya'aban lahirlah seorang
bayi ke dunia ini..Moga suatu hari nanti 'bayi ini' dapat
berbakti kepada ibu bapa,keluarga,agama,bangsa dan
negara..Insya Allah..

TeRimA kAsiH Mak..TeRimA kAsiH AyaH....

ToDaY..TomOrRoW..n....


Menghitung hari...
Last paper + kemas barang + balik rumah
Sampai rumah + rehat + Latihan industri

Wednesday, April 14, 2010

kAd UcaPan HaRi LahiR BuAtmU


14 APRIL (1404)


WaLau tAnpA mAdAh daN hAdiAh
NamUn cUkUp uNtUkmU sEkAdAr uCapAn
"SeLamAt hAri LahiR"
IriNgAn dOa ku huLuR
BeRsYuKuR kePadaNYA
AtaS niKmAt uSia
UsiAmu iBaRat mUtiArA
TiAdA bErgAnTi LaGi
HiAskAn imAn bErSulam TaQwa
AgaR sEmpAt mEnUju hAruMan SyuRgaWi

-semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki-
-semoga Allah memberkati usia dan kehidupanmu-
Amin......

Tuesday, April 13, 2010

APRIL


Mereka...mencipta..
Masa untuk buat "Kad Ucapan..Kad kreatif"
April yang penuh bermakna..
HaPpY BiRthdAy!!!

MANDI HUJAN!!!


Wah..sejuknye!!Kilat,guruh&hujan lebat!
13042010,Selasa...
Hari ni aku n my friend,B kluar jalan-jalan..
Tapi pergi Jaya Jusco Taman U je..
Setelah memerah otak jawab exam hari ni
dan terpaksa bersengkang mata beberapa hari sebelum ni
akhirnya hari ni lah baru ada kesempatan untuk
merehatkan minda dan fikiran before last paper ahad ni..
Seronoknya dan bersyukur sangat..walaupun xtaula apa
yangaku jawab time exam sebelum-sebelum ni..

3.30 petang,aku dan B mulakan 'perempitan'
kitorang ke JJ..Perempitan?Uishhhh,rosak bahasa..
Sepanjang perjalanan,cuaca redup je.tak hujan tak panas
Tenang sungguh petang tu..aman,damai...wah....hihihi
Sampai-sampai je kat JJ terus menuju ke MPH
Seronoknye dapat tengok buku-buku kat sana...
Macam nak beli je sume buku-buku tu..
Tapi apa kan daya...Wang,duit,money..
tak mengizinkan..huhu

Nak dipendekkan cerita..kitorang still lagi kat JJ
walaupunjam dah pun menunjukkan pukul 8 malam...
4 Jam!!!Sebabnya......................Hujan lebat sangat..
Kitorang dah terperangkap di tempat yang sama
yang sangat membosankan.tak tau nak cari apa dah
kat sana..Solat dah,makan dah,beli barang dah,
window shopping pun dah..Last-last,setelah bosan
melanda diri,disebabkan belum mandi lagi..
akhirnya kitorang redah je balik UTM naik motor.
Hujan pun hujan lah..

Sejuk..menggigil..basah walaupun tak kuyup..hihi..
tapi stillrasa seronok,gembira&puas..tapi letih sikitla.
huhu..Takpe2..bukan selalu pun..this night
time to rest cukup-cukup..sebelum esok menjelma..
Study..study..and teruskan study for next paper,
my last paper for this semester..
Perjuangan masih belum selesai..
perjuangan perlu diteruskan!

Saturday, April 10, 2010

SMITH CHART


Midnight blogging...
SMITH CHART!!!
Wah..banyaknye..dah 3 jam dah..
asyik menghadap Smith Chart tersayang ni je..
huhuhuhuhuhuhu...yang lain xstudy lagi...
Takpe sabar2..Sabar tu kan separuh daripada iman..

Ya Allah..permudahkanlah segala urusan yang aku
lakukan..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
apa yang terbaikuntuk hamba-hambaMu..Amin..

Friday, April 9, 2010

STILL IN MOOD EXAM


Bertemu kembali...
09042010,Jumaat hari yang penuh barakah..
Panjangnya kuku!!kene ketip ni..Almaklumlah,
today is my 2nd paper,MIKRO-P..Study punya study,
sampai terlupa nak ketip kuku..erm..
Jangan jadikan alasanlah..hehehe

Susah...blur...itulah perasaan yang bermain-main
di fikirankuKenapa macam xtau nak buat je ni??
habislah.....But i still try my best..yang penting usaha..
After that serah je pada Allah..doa..dan teruskan berdoa..

To my MIKRO-P's lecturer..Thank you so much
sebab sampaikan ilmu dan beri tunjuk ajar pada
saya dan rakan-rakan selama ni...Jasamu tetapku kenang..

Now,time to study for the next papers...
microwave eng..Digital Comm..
and ekonomi kejuruteraan..
Selamat bermujahadah to me!! (^_^)

Wednesday, April 7, 2010

BERMULANYA FINAL EXAM!!


Kini bermulalah minggu final exam..
"Ya Allah kurniakanlah kejayaan yang
cemerlang kepada ku dan juga rakan-rakanku..
Jika ada yang lebih baik daripada permintaanku ini,
kurniakanlah Ya Allah.kerana sesungguhnya Engkau
lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2 Mu
Amin Ya Rabbal Alamin.."

Semalam 06042010,Selasa..Migrin telah menyerangku!!
Sakit kepala yang teramat sangat..Berdenyut-denyut..
Semalaman aku menahan sakit..akhirnya tertido
di bilik kawan..TQ my friend..B kerana sudi
meminjamkan katil,tilam dan bantal kepadaku..
Tepat jam 12.00 tengah malam..aku tersedar sendirinya..
tanpa bantuan alarm clock atau sebagainya,aku tersedar
juga dari tidur setelah sekian lama memejamkan mata..
Study..study!!!esok exam! 9 pagi!!
Ya Allah kenapa jadi macam ni di malam exam?
Namun ku sedar,Engkau adalah sebaik-baik Pengatur Ya Allah..

Setelah bangkit dari tidur,aku pun memulakan study for
tommorow paper..Englih for the workplace..
Hanya bertahan setengah jam je..12.30 mlm..
Pening lagi..erm..tidur je la..esok pagi bangun
pagi2 sikit..Aku bermonolog dalaman..
Namun,kita hanya mampu merancang Allah lah
yang berhak menentukan..Sedar-sedar dah pukul 6 pagi!

Namun...Dengan izin Allah..
Alhamdulillah..pagi tu aku rasa segar sangat..
seolah-olah xpernah ku rasa fresh seperti ni sebelum ni..
Idea datang mencurah-curah masa exam..
Ya Allah,aku bersyukur dengan kurniaan Mu ini..
Teringat sebaris lirik nasyid dari kumpulan FarEast..
"Kita hanya mampu berusaha, hanya Allah menentukannya.."
Aku cuba buat sehabis baik..namun tugasku kini ialah..
Tawakaltualallah...

Usaha+Doa+Tawakal=Kejayaan..
Insya Allah..